132 PATI lolos dari Depot Imigresen

Oleh – Syeikh Baran


132 PATI lolos dari Depot Imigresen
Tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor maut dilanggar dalam kejadian di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor sebentar tadi.

Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Bidor dekat sini, dilaporkan melarikan diri hari ini.

Difahamkan, kesemua PATI berkenaan melarikan diri dalam kejadian pukul 9.50 malam dan susulan kejadian itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki kesemua mereka.

Difahamkan, seorang daripada PATI berkenaan maut dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi.



Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker