Liverpool belasah Chelsea, kukuh penguasaan liga

Oleh – Syeikh Baran


Liverpool belasah Chelsea, kukuh penguasaan liga

Liverpool kekal di landasan kukuh untuk menghadiahkan gelaran Liga Perdana Inggeris terakhir buat pengendalinya, Jurgen Klopp selepas membelasah Chelsea 4-1 di Anfield.

Conor Bradley mencuri perhatian pada perlawanan berkenaan apabila bek kanan berusia 20 tahun itu meledak satu gol dan membantu jaringan Dominik Szoboszlai selepas Diogo Jota membuka jaringan.

Christopher Nkunku merapatkan jurang untuk Chelsea, tetapi Luis Diaz memastikan kemenangan selesa buat pasukannya untuk melebarkan jurang di tangga teratas liga.

Darwin Nunez turut mempunyai peluang untuk membolosi gawang Chelsea, namun empat percubaannya terkena tiang gol, termasuk sepakan penalti di babak pertama.



Kemenangan itu mengembalikan kelebihan lima mata Liverpool ke atas Manchester City, yang bermain kurang satu perlawanan, dan Arsenal.

Berita berkenaan Klopp akan meninggalkan Anfield pada akhir musim ini tidak menjejaskan semangat Liverpool, sebaliknya pemain-pemain lebih fokus untuk memburu gelaran liga kedua mereka dalam tempoh 34 tahun.

Ketiadaan Mohamed Salah yang cedera juga tidak dirasai apabila Jota dan Nunez menampilkan persembahan meyakinkan di barisan hadapan, manakala kehadiran Bradley menghalang Trent Alexander-Arnold daripada kembali membarisi kesebelasan utama. – AFP
 
Sumber – BERITA HARIAN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker