CEO Kedah letak jawatan

Oleh – Syeikh Baran


CEO Kedah letak jawatan
CEO KDA FC, Khamal Idris Ali (kanan). – Foto ihsan Kedah Darul Aman FC.

Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan Khamal Idris Ali meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu.

Menerusi kenyataan hari ini, KDA FC memaklumkan Khamal melepaskan jawatan itu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya selepas empat tahun menabur bakti bersama skuad Sang Kenari.



“Peletakkan jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan.

“Ia satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri Kedah di mana kita dapat melihat banyak perkembangan serta pembaharuan yang dilaksanakan sejak dilantik pada pertengahan tahun 2020,” jelas kelab itu.

Pengumuman peletakan jawatan oleh Khamal Idris itu bagaimanapun dibuat ketika terdapat laporan bahawa skuad KDA masih dibelenggu isu tunggakan gaji.

Semalam, laporan media mendakwa pemain Sang Kenari masih tidak menerima baki tunggakan gaji selama empat bulan.



Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, KDA FC menerusi pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan Sang Kenari memang mengalami masalah tunggakan gaji membabitkan skuad utama Liga Super.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading