Nahas 7 kenderaan korbankan 2 pemandu lori

Oleh – Syeikh Baran


Nahas 7 kenderaan korbankan 2 pemandu lori
Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – Foto ihsan PLUS

Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi, ditemukan dalam keadaan berkecai.

Kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu dilaporkan kepada bomba jam 7.46 pagi.
 

Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam.



Nahas 7 kenderaan korbankan 2 pemandu lori
Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – Foto ihsan Bomba

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Nahas 7 kenderaan korbankan 2 pemandu lori
Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – Foto ihsan Bomba

“Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.



Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang kerana tumpahan gula dan serpihan badan lori.

“Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza tol Gopeng (arah ke utara),” menurut PLUS.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading