11 premis burung walit kena gempur

Oleh – Syeikh Baran


11 premis burung walit kena gempur
Anggota penguatkuasa MPKS memeriksa premis yang diserbu dalam operasi itu.

Kedegilan 11 pengusaha burung walit menimbulkan kacau ganggu bunyi di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama di sini, sejak setahun lalu mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan bermula pukul 9 pagi itu dijalankan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selepas notis amaran terakhir yang dikeluarkan bulan lalu gagal dipatuhi pemilik premis tersebut.



Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan kacau ganggu bunyi bising kepada penduduk setempat dan kawasan perniagaan berkenaan.

Katanya, 10 pemeriksaan melibatkan di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan satu di Taman Ijok Utama.

“Serbuan membawa kepada tindakan sitaan ke atas pembesar suara yang digunakan pengusaha premis burung tersebut.

“Semua barangan itu dibawa ke stor tahanan Jabatan Penguatkuasa MPKS bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurut Mohamad Hanafe, pihaknya turut mengeluarkan 11 kompaun mengikut Seksyen 70 (11) Akta 133 melibatkan kesalahan membuat tambahan atau ubahsuai kepada bangunan tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada MPKS. 

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button