Warga asing sorok minyak masak bersubsidi

Oleh – Syeikh Baran


Warga asing sorok minyak masak bersubsidi
Penguat kuasa DBKL menjumpai minyak peket disimpan dalam stor sampah

Minyak masak peket bersubsidi antara barangan yang disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menggempur kawasan Pusat Bandar Utara Pasar Borong, di sini, pada Rabu.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pelbagai jenis minyak peket disimpan di dalam ruangan stor sampah oleh peniaga warga Myanmar.

“DBKL menerusi Jabatan Penguat kuasaan telah meneruskan lagi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing di sekitar ibu negara.



“Pemantauan dan tindakan penguat kuasaan tegas dilakukan terhadap premis dan aktiviti perniagaan borong sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit sekitar kawasan Pasar Borong.

“Premis-premis perniagaan yang menggajikan warga asing tanpa kebenaran dan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen terutamanya dari warga Myanmar,” ujarnya dalam kenyataan.

Jelasnya lagi, sebanyak dua buah premis dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Seterusnya, sebanyak 17 tindakan sita/pindah barangan perniagaan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.



“Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker