AFCON: Nigeria waspada bertemu Angola

Oleh – Syeikh Baran


AFCON: Nigeria waspada bertemu Angola
PARA pemain Nigeria menjalani sesi latihan menjelang aksi suku akhir menentang Angola awal pagi esok. – AFP

Juara tiga kali, ­Nigeria dijangka berdepan tugas untuk mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika ­(AFCON) 2024 apabila berdepan Angola dalam aksi suku akhir di Stadium ­Felix Houphouet Boigny awal pagi esok.

Berdasarkan rekod pertemuan, Super ­Eagles masih gagal menewaskan Angola apabila mencatat satu kekalahan dan seri dua daripada tiga perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Bukan itu sahaja, Angola juga telah membuktikan mereka wajar diangkat antara pasukan pilihan menerusi kejayaan meledak sembilan gol daripada empat perlawanan ketika ini.



Penyerang Nigeria, Paul Onuachu mengingatkan rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman daripada Angola yang kini dalam perjalanan untuk menempa sejarah memburu kejuaraan pertama buat negara itu.

“Kami perlu mengambil serius per­lawanan ini seperti kami lakukan ketika menewaskan Cameroon (pu­singan 16). Saya akui Angola bukan lawan mudah kerana setiap pasukan di peringkat ini mempunyai kekuatan tersendiri.

“Malah, semua mahu menewaskan Nigeria, terutamanya pasukan-pasukan yang berstatus underdog. Sekarang kami perlu berikan fokus terbaik untuk merealisasikan sasaran pasukan ke pentas final,” katanya.

Sebagai rekod, Nigeria ­melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan ­Cameroon menerusi dua jari­ngan daripada Ademola Lookman, manakala Angola menumbangkan Namibia 3-0. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker