Jumpa di mahkamah’, kata Dr Akmal kepada Tony Pua

Oleh – Syeikh Baran


Jumpa di mahkamah', kata Dr Akmal kepada Tony Pua
Tony Pua (kiri) dan Dr Muhamad Akmal Saleh.

Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi mengesa siasatan terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.



“Jumpa di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran di Facebook miliknya selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Semalam, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker