Bom meletup di luar Kementerian Buruh Greece

Oleh – Syeikh Baran


Bom meletup di luar Kementerian Buruh Greece
Greece mempunyai sejarah keganasan politik dengan serangan bom dan pembakaran yang kerap. – Foto AGENSI

Satu letupan berlaku di luar Kementerian Buruh Greece di tengah Athens, hari ini, kata polis Greece, yang turut menyatakan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Kata polis, sebuah akhbar Greek sebelum itu menerima panggilan telefon oleh seorang pemanggil yang tidak dikenali menyatakan, bom dipasang di kementerian itu dan mereka kemudiannya memaklumkan polis yang bertindak mengepung kawasan itu, sebelum letupan berlaku menyebabkan kerosakan pada bangunan dan tingkap pecah.



Seorang polis yang enggan dikenali berkata, pemanggil itu mendakwa kumpulan gerila yang tidak dikenali menjadi dalang serangan itu, kata seorang pegawai polis dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Polis kemudiannya melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Greece mempunyai sejarah keganasan politik.

Serangan bom kecil dan pembakaran kerap berlaku dan kebanyakannya tidak menyebabkan kerosakan yang serius.



Bagaimanapun, kerajaan berkata, mereka mengambil serius mengenai kejadian itu.

“Serangan itu sangat serius dan ada kaitan dengan jenayah serius,” kata jurucakap kerajaan, Pavlos Marinakis kepada penyiar Open TV, hari ini. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading