Serangan guna pisau sebabkan tiga cedera

Oleh – Syeikh Baran


Serangan guna pisau sebabkan tiga cedera
Gare de Lyon ialah salah satu stesen paling sibuk di Paris. – Foto AGENSI

Serangan menggunakan senjata pisau dilaporkan berlaku di stesen kereta api Gare de Lyon, Paris, hari ini menyebabkan tiga orang cedera, kata polis.

Polis dilaporkan sudah menahan penyerang yang disyaki.



Kata polis lagi, dua daripada mangsa mengalami luka ringan, manakala mangsa ketiga pula mengalami kecederaan lebih parah tetapi ia tidak mengancam nyawa.

Setakat ini, motif penyerang yang disyaki masih belum jelas.

Sementara itu, akhbar Le Figaro yang memetik sumber polis berkata, penyerang di Gare de Lyon pada pagi ini berasal dari Mali dan membawa lesen memandu Itali.

Namun, laporan itu masih belum dapat dipastikan.

Sejak sedekad lalu, Perancis mengalami beberapa siri serangan berkaitan militan agama, malah serangan oleh orang yang mengalami gangguan mental, sekali-sekala juga berlaku. – REUTERS



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading