Kelibat ‘sang bedal’ dirakam di Pantai Klebang

Oleh – Syeikh Baran


Kelibat 'sang bedal' dirakam di Pantai Klebang
Tangkap layar seekor buaya berenang didakwa dirakam di Pantai Klebang. – Foto tular

Satu klip video memaparkan seekor buaya dipercayai spesies tembaga berenang di laut dikesan tular sejak kelmarin.

Rakaman berdurasi 24 saat itu turut disertakan keterangan mendakwa, ia dirakam di Pantai Klebang, di sini, hingga menimbulkan keresahan orang ramai terutama kaki pancing dengan kemunculan ‘sang bedal’ bersaiz dewasa itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka, Petra Sulai bagaimanapun berkata, tiada laporan rasmi diterima pihaknya setakat ini berhubung rakaman itu.



Beliau berkata, pihak akan melakukan siasatan dan pemantauan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading