Rumah banglo dijadikan transit

Oleh – Syeikh Baran


Rumah banglo dijadikan transit
KPDN menyita beberapa kenderaan dan 8.793 liter minyak diesel dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh. – Foto ihsan KPDN Kelantan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar tindakan licik penyeludup yang menggunakan rumah banglo milik keluarga untuk dijadikan tempat transit minyak seleweng dalam kejadian di Kampung Sungai Petai, di sini, awal pagi semalam.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, rampasan membabitkan minyak diesel bernilai RM18,904.95 selain turut merampas kereta Mercedes Benz, pacuan empat roda Mitsubishi Storm dan lori Ford 3 tan yang berpendaftaran tempatan dengan nilai anggaran RM130,000.



Katanya, operasi itu dilaksanakan hasil sebulan intipan KPDN dan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polisi Daerah (IPD) Pasir Puteh, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Tok Bali dalam Ops Tiris Bersepadu sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan sempadan negara.

“Modus operandi suspek membuat pembelian isi diesel secara berulang menggunakan lori dan pacuan empat roda di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini.

“Seterusnya mereka akan simpan bekalan dan seleweng barangan kawalan ini kepada pihak industri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Keseluruhan rampasan membabitkan sembilan tangki petak dengan tiga suspek ditahan termasuk seorang wanita dengan anggaran usia 30 hingga 40an.



“Ketika serbuan dilakukan, mereka gagal menemukan sebarang dokumen pemilikan bahan api. Kesemua suspek ditahan reman dan dalam proses perbicaraan di Mahkamah Machang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button