Kontrak semua pemain import ditamatkan

Oleh – Syeikh Baran


Kontrak semua pemain import ditamatkan
Kontrak Herold Goulon bersama Negeri Sembilan antara yang tidak disambung. – Foto Ihsan NSFC.

Selepas kontrak ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan ditamatkan, nasib serupa dialami semua pemain import yang beraksi bersama pasukan berkenaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim lalu.

Negeri Sembilan mengikat lima pemain import termasuk secara pinjaman pada musim lalu iaitu Herold Mark Goulon dari Perancis, Mohamad Safuan Baharuddin (Singapura) dan Levy Madinda (Gabon), namun mereka meninggalkan pasukan pada pertengahan musim.



Selain itu, Anselmo Arruda da Silva ataupun dikenali sebagai Casagrande dan Vinicius Leonel Da Silva yang beraksi dalam pasukan bawah 23 tahun serta Youssef Azzerjari (Sepanyol) dan Hein Htet Aung (pinjaman dari Selangor FC) tampil pada sesi perpindahan kedua.

Jurucakap NSFC memaklumkan kesemua pemain import terbabit tidak akan bersama pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga M 2024/2025 yang dijadual akan membuka tirainya pada pertengahan Mei depan.

“Terima kasih kepada pemain import Negeri Sembilan FC yang bersama dengan pasukan dalam saingan liga musim 2023. Dedikasi dan komitmen anda telah mewarnai bola sepak Negeri Sembilan dan menjadi aset penting dalam diri mereka.

“Kami mendoakan kejayaan akan mengiringi mereka untuk masa hadapan,” kata kenyataan itu hari ini.



Setakat ini, kelab belum mengumumkan nama ketua jurulatih yang akan menggantikan Devan, walaupun wujud desas desus bahawa bekas pengendali PDRM FC, Azzmi Aziz, bakal mengisi kerusi panas terbabit.

Malah, senarai pemain termasuk import bagi pembentukan pasukan baharu untuk menghadapi Liga M musim 2024/2025, juga belum diputuskan, namun difahamkan terdapat sekurang-kurangnya lima pemain muda musim lalu dijangka akan dikekalkan.

Difahamkan pembentukan pasukan dijangka akan dimulakan sebaik pelantikan ketua jurulatih yang baharu.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading