Tak perlu tambahan motivasi – Klopp

Oleh – Syeikh Baran


Tak perlu tambahan motivasi - Klopp
Penyokong Liverpool bersama sepanduk menyokong Klopp di Anfield. Gambar fail REUTERS

Pengendali Liverpool, Juergen Klopp menyifatkan pemain sudah memberikan yang terbaik dan tidak memerlukan tambahan motivasi daripada ‘khabar pemergiannya’ untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bulan lalu, pengendali berusia 56 tahun dari Jerman itu mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatan pengurus Liverpool pada penghujung musim ini.



Pasukan kendaliannya kini mendahului cadta Liga Perdana selepas 22 perlawanan selain sudah menempah tempat di pusingan kelima Piala FA, final Piala Liga dan berada di pusingan 16 terbaik Liga Europa.

Begitupun, bagi Klopp tiada apa yang berubah.

“Sekiranya saya tidak mengumumkan apa yang saya umum seminggu lalu, adakah ada perbezaan?,” kata Klopp.

“Perbezaan kecil yang ada adalah sekarang mereka kata: ‘Untuk Juergen’. Itu sahaja. Sudah tentu saya mahu menjuarai liga.



“Adakah saya tahu sekiranya kami mempunyai peluang?. Kerana ia seperti kita berada dalam kelompok itu, tetapi terdapat banyak perlawanan antara sekarang dan kemudian… saya tidak boleh memikirkan mengenainya. Saya bukan seorang yang bermimpi.”

Sejak berpindah ke Merseyside dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada 2015, Klopp sudah menjuarai Liga Juara-Jaura, Liga Perdana Inggeris, Piala Kelab Dunia, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super selain Piala Sumbangsih bersama Liverpool.

“Sekiranya (pemergian saya) boleh menjana beberapa peratus kenaikan, ia sesuatu yang bagus tetapi saya tidak pasti itu diperlukan memandangkan kami sudah 100 peratus dan itu sudah baik,” kata Klopp. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading