Jangan Terburu-Buru Dalam Perjuangan Keadilan Untuk Najib
Jangan Terburu-Buru Dalam Perjuangan Keadilan Untuk Najib
Pengumuman keputusan SPB YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah, yang memberikan keringanan hukuman kepada DS Najib disambut dengan pelbagai reaksi.
Bagi pihak penyokong DS Najib, berita itu diterima dengan perasaan yang kurang menggembirakan.
Kerana mereka mengharapkan DS Najib mendapat pengampunan penuh.
Pihak yang mahu DS Najib terus kekal di dalam penjara pula, menerima berita itu dengan pelbagai sindiran.
Dan ada juga yang tidak berpuas hati.
Bagi penulis, berita itu sangat mengecewakan.
Kerana perjuangan untuk mendaulatkan keadilan di Malaysia masih lagi jauh.
Penulis percaya DS Najib adalah pemimpin yang telah dizalimi oleh musuh politik beliau.
Selagi kita tidak dapat memberikan keadilan kepada beliau, selagi itulah barokah dari langit untuk bumi Malaysia tidak akan turun.
Berdiam diri ketika melihat kezaliman berada di hadapan mata, berarti kita bersekutu dan mendokong kezaliman tersebut.
Perbetulkan Kembali Perjuangan Keadilan Untuk DS Najib
Pihak yang selama ini perjuangkan keadilan untuk DS Najib mesti menyemak semula perjuangan mereka.
Memberikan mesej kepada istana dan kerajaan supaya memberikan keadilan kepada DS Najib tidak dinafikan sangat penting.
Cuma persoalannya, sejauh mana mesej tersebut boleh memberikan kesan kepada istana dan kerajaan.
Kuasa yang paling besar di dalam sesebuah negara adalah kuasa rakyat.
Suara yang paling kuat di dalam sesebuah negara adalah suara rakyat.
Sekiranya sekadar puluhan atau ratusan atau mungkin beberapa ribu sahaja rakyat yang bersuara, ia hanya akan dilihat sebagai suara minoriti yang mewakili kelompok yang berkepentingan.
Untuk mendapatkan sokongan dari majoriti rakyat, mereka terlebih dahulu mesti difahamkan mengapa keadilan untuk DS Najib mesti diperjuangkan.
Bukan kerana yang dizalimi itu adalah DS Najib.
Tetapi kezaliman itu mestilah dibongkar hingga ke akar umbi supaya ianya tidak terus subur di bumi ini.
Rakyat mesti diterangkan mengapa dan bagaimana kezaliman itu dilakukan ke atas DS Najib.
Kenapa DS Najib tidak sepatutnya terkurung di dalam penjara.
Bukan kita mahu menghasut rakyat supaya memberontak atau menentang pihak istana dan kerajaan.
Tetapi kita mahu supaya rakyat bersuara mengapa pihak istana dan kerajaan mesti bertindak.
Perbetulkan Niat, Teruskan Berusaha Dan Berdoa Serta Tawakal Kepada Allah SWT
In Sya Allah, sekira ianya disusun dengan teratur, pihak istana dan kerajaan akan mendengar suara kita.
Ingat kata-kata yang dinisbahkan kepada Saidina Ali KW:
الحق بلا نظام يغلبه الباطل بالنظام
Mafhumnya:
“Kebenaran yang tidak tersusun, akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun”.
Teruskan berikhtiar dan di masa yang sama, jangan lupa berdoa kepada Allah SWT.
Sekiranya niat kita ikhlas dan niat kita jujur, yakinlah, Allah SWT pasti akan membantu kita untuk mendapatkan keadilan untuk DS Najib.
Berpeganglah kepada firman Allah SWT dalam kalam suciNya:
اَمْ حَسِبْتُمْ اَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَّثَلُ الَّذِيْنَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۗ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاۤءُ وَالضَّرَّاۤءُ وَزُلْزِلُوْا حَتّٰى يَقُوْلَ الرَّسُوْلُ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَعَهٗ مَتٰى نَصْرُ اللّٰهِ ۗ اَلَآ اِنَّ نَصْرَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ
Mafhumnya:
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan berbagai cobaan, sehingga berkata, bilakah datang pertolongan Allah?”
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
Al Baqarah : 214
Jangan Terburu-Buru Dalam Perjuangan Keadilan Untuk Najib
Di Syorkan Untuk Anda:
- Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…
- Rafidah Atau UMNO Yang Sudah Melencong
- Daim Serang Bursa Saham Malaysia?