Elon Musk bukan lagi yang terkaya

Oleh – Syeikh Baran


Elon Musk bukan lagi yang terkaya
KOMBINASI gambar menunjukkan Elon Musk dan Bernard Arnault. — AFP

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault meng­ungguli senarai bilionair paling kaya yang diterbitkan kelmarin, lapor agensi berita Anadolu.

Arnault, 74, mempunyai ang­garan kekayaan mencecah AS$212 bilion (RM1 trilion), demikian menurut senarai bilionair terbitan majalah The Forbes.
 

Senarai itu meletakkan Elon Musk dari Amerika Syarikat (AS) di tangga kedua dengan anggaran kekayaan AS$198 bilion (RM934 bilion). Musk, 52, merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Spacex, pengasas bersama syarikat kenderaan elektrik Tesla dan pemilik platform X



Pengasas syarikat peruncitan online Amazon, Jeff Bezos, juga dari AS, berada di tempat ketiga. Beliau mempunyai anggaran kekayaan hampir AS$194 bilion (RM915 bilion).

Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas dan CEO Meta Platforms pula melonjak ke tempat keempat berikutan perkembangan kukuh Meta.

Ia merupakan syarikat induk kepada laman sosial Facebook dan Instagram.

Anggaran kekayaan bersih Zuckerberg melonjak sebanyak AS$27.6 bilion (RM130.20 bilion) atau 19.88 peratus kepada AS$167 bilion (RM787.82 bilion).



Pendapatan Meta meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun kepada AS$40.11 bilion (RM189.22 bilion), manakala syarikat itu juga berjaya menurunkan kos dan perbelanjaan sebanyak 8 peratus.

Saham syarikat itu me­lonjak 20.3 peratus untuk ditutup pada harga AS$474.99 (RM2,240) seunit kelmarin.

Zuckerberg dianggarkan mem­punyai 13 peratus pegangan da­lam Meta. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading