Asteroid ‘pemusnah bandar raya’ hampiri Bumi

Oleh – Syeikh Baran


Asteroid ‘pemusnah bandar raya’ hampiri Bumi
Lakaran artis menunjukkan sebuah asteroid jika ia merempuh Bumi. – Foto Getty Images/Perpustakaan Foto Sains RF

Sebuah asteroid yang disifatkan sebagai ‘pemusnah bandar raya’ dan bersaiz lebih besar daripada stadium bola sepak dilaporkan semakin menghampiri Bumi, lapor laman berita Daily Star semalam.

Asteroid OS7 2008 dijangka melintasi planet ini dalam tempoh beberapa minggu akan datang, demikian menurut amaran beberapa saintis. 



Bagaimanapun, ia diramal tidak akan berada pada jarak hampir dengan Bumi tetapi akan menjadi lebih dekat dengan planet ini berbanding sebelumnya.

Pakar-pakar dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) percaya komet tersebut akan berada pada jarak paling dekat dengan Bumi dalam tempoh berabad-abad lamanya.

Batuan angkasa lepas dengan lebar 271 meter itu akan bergerak sejauh kira-kira 2.84 juta kilometer dari Bumi.

Disebabkan saiznya dan kelajuan yang bergerak 65,883 kilometer sejam, NASA telah menyenaraikannya sebagai ‘asteroid yang berpotensi berbahaya jika ia terhempas’. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading