Tempeleng diri sendiri kerana nyamuk

Oleh – Syeikh Baran


Tempeleng diri sendiri kerana nyamuk
Crothers dengan pantas menampar nyamuk tersebut yang hinggap pada mukanya. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan spontan seorang wartawan yang menampar mukanya sendiri setelah dihinggap nyamuk ketika membuat liputan siaran langsung, lapor laman berita NDTV semalam.

 

Wartawan bernama Andrea Crothers daripada program bual bicara Australia’s Today Show, dirakam bertindak demikian ketika membuat laporan mengenai banjir di Brisbane baru-baru ini.

Ketika bersedia untuk memulakan laporan, seekor nyamuk hinggap pada mukanya, membuatkan wanita itu dengan pantas menampar serangga tersebut.



Tamparannya agak kuat sehingga dia terpaksa keluar daripada kamera yang sedang merakam kejadian itu kerana berasa malu.

Video tersebut dikongsikan di laman Instagram Crothers selain ia turut dipaparkan ketika program Australia’s Today Show dengan pengacara Karl Stefanovic berkata: “Cuaca sangat lembap dan basah di sana. Namun, dengan semua bahaya (nyamuk) yang ada, wartawan kami tetap menyampaikan berita kepada anda di rumah.”

Pengguna media sosial turut meluahkan rasa terhibur mereka melihat aksi Crothers dengan ada yang berkata: “Situasi ini amat jarang dilihat.” – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker