Wanita maut dibakar suami

Oleh – Syeikh Baran


Wanita maut dibakar suami
Keadaan rumah seorang wanita yang turut musnah terbakar ekoran dibakar oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook pada Sabtu lalu. -Foto PDRM

Selepas 16 jam bertarung nyawa, seorang wanita akhirnya meninggal dunia dipercayai akibat dibakar suaminya dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kejadian berpunca ekoran pertengkaran antara mangsa dan suaminya ketika sesi minum minuman keras jenis ‘tapai’ di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati pasangan berusia 50 dan 41 tahun itu bertengkar ketika mereka dalam keadaan mabuk. Situasi menjadi di luar kawalan apabila mangsa mencabar suspek membakarnya.

“Suspek kemudian menyimbah isterinya dengan petrol dan menyalakan mancis sebelum mencampakkan kepada mangsa.



“Anak perempuan pasangan itu berusia 16 tahun yang menyedari kejadian tersebut segera membawa keluar dua adiknya bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, remaja tersebut cuba membantu memadamkan api yang menyambar ibunya sebelum cuba mendapatkan bantuan daripada bapa saudara.

Mengulas lanjut, Yampil memberitahu, suspek kemudian membawa isterinya ke Klinik Sook bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Keningau.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Keningau pada pukul 1.41 tengah hari semalam,” katanya.



Susulan kejadian itu, Yampil memaklumkan, pihaknya memberkas suami mangsa dan direman selama sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker