Liga Super: Harimau Selatan ‘cengkam’ Negeri Sembilan FC 3-1

Liga Super: Harimau Selatan ‘cengkam’ Negeri Sembilan FC 3-1

Liga Super: Harimau Selatan ‘cengkam’ Negeri Sembilan FC 3-1
BERGSON (tengah) diasak oleh pertahanan NSFC, Zainal Abidin Jamil pada perlawanan Liga Super 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-1 aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini petang tadi.

Bergson Da Silva meletakkan Harimau Selatan mengemudi perlawanan pada minit ke-13 sejurus rembatan kencang dari luar kotak penalti kaki emasnya gagal ditampan kemas penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Bergson sekali lagi muncul wira setelah berjaya menggandakan jaringan empat minit kemudian menerusi percubaan dari dalam kotak penalti hasil hantaran cantik pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor.



Skuad Hobin Jang Hobin berhasil merapatkan jurang jaringan pada minit ke-28 selepas Htet Aung berjaya menyempurnakan peluang terhidang selepas percubaan Takumi Sasaki diselamatkan pertahanan tuan rumah menjadikan kedudukan 2-1.

Memasuki babak kedua perlawanan, sepakan penjuru yang diambil Jordi Amat pada minit ke-71 meletakkan JDT selesa di hadapan apabila usaha Muhamad Aqil menidakkan jaringan itu sekaligus menjadikan kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Terdahulu, sebelum perlawanan bermula, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menyampaikan trofi perlawanan Sumbangsih 2024-2025 kepada JDT.

JDT muncul juara Piala Sumbangsih dengan kemenangan 3-0 selepas diberikan kemenangan ‘walkover’ selepas Selangor FC menarik diri daripada menghadiri perlawanan pembukaan liga yang dijadual berlangsung pada 10 Mei lalu.-KOSMO! ONLINE

Liga Super: Harimau Selatan ‘cengkam’ Negeri Sembilan FC 3-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button