Lapan calon ganti tempat Pochettino

Lapan calon ganti tempat Pochettino

Lapan calon ganti tempat Pochettino
POCHETTINO mengambil keputusan mengejut apabila melepaskan jawatannya bersama Chelsea awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Chelsea kini mempunyai lapan calon pengurus dalam senarai pendek untuk menggantikan Mauricio Pochettino yang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan khidmatnya di Stamford Bridge.

Pengarah Sukan Chelsea, Paul Winstanley dan Laurence Stewart sedang mengintai dan meneliti pengurus paling tepat untuk mengisi jawatan itu terutamanya selepas perpisahan dengan Pochettino hadir secara mengejut awal pagi semalam.

Antara nama berada dalam radar Chelsea ialah pengurus VfB Stuttgart, Sebastian Hoeness, Michel (Girona), Kieran McKenna (Ipswich Town), Enzo Maresca (Leicester City), Thomas Frank (Brentford), Vincent Kompany (Burnley), Roberto De Zerbi (Brighton) dan bekas pengendali sebelum ini, Thomas Tuchel.



“Terima kasih kepada Chelsea dan Pengarah Sukan atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini. Kedudukan pasukan menunjukkan kemajuan untuk menghadapi musim akan datang,” kata Pochettino.

Untuk rekod, di sebalik kesukaran yang dihadapi The Blues, Pochettino berjaya mengetuai Chelsea menamatkan musim ini di tempat keenam dan mengesahkan slot ke pertandingan Eropah musim depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?




“Bagi pihak kelab, kami mahu nyatakan ucapan terima kasih kepada Mauricio (Pochettino) atas khidmatnya musim ini,” kata Winstanley.

Pencapaian baik bersama Brighton menyaksikan De Zerbi antara nama paling hangat dikatakan bakal mengisi kekosongan tersebut selain Frank yang turut merekodkan prestasi cemerlang sepanjang tiga musimnya bersama Brentford.

Tuchel juga dilihat berpeluang kembali ke Stamford Bridge memandangkan beliau sudah menolak peluang untuk kekal bersama Bayern Munich musim depan. – AGENSI

Lapan calon ganti tempat Pochettino

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button