Laluan Tapah ke Gopeng terhalang akibat kemalangan
Oleh Pena Merah
Kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tangki di Kilometer 319.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah ke Gopeng awal pagi tadi menyebabkan laluan ke arah berkenaan terhalang, dekat sini.
Katanya, pengguna lebuh raya yang menghala ke utara dinasihatkan keluar dan menggubah laluan dengan menggunakan Plaza Tol Tapah menuju ke Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur.
“Pengguna lebuh raya yang keluar ke jalan persekutuan perlu melalui Kampar sebelum masuk semula ke lebuh raya dengan menggunakan Plaza Tol Gopeng.
“Manakala kenderaan di lebuh raya menuju ke arah selatan tidak terhalang dan pergerakan kenderaan seperti biasa,”katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 6.41 pagi tadi.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah dikejarkan ke tempat kejadian.
“Tiba di tempat kejadian mendapati terdapat sebuah treler membawa muatan amonium nitrate dan treler membawa muatan skru terbabit dalam kemalangan.
“Kedua-dua pemandu treler berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan mangsa diberi rawatan Oleh anggota EMRS,” katanya.
Sabarodzi berkata, pasukan HAZMAT dari BBP Pasir Putih dalam perjalanan untuk memberikan bantuan.
-Berita Harian-