Maut motosikal terbabas rempuh pokok

Oleh – Syeikh Baran


Maut motosikal terbabas rempuh pokok
Dua beradik itu disahkan melaut di tempat kejadian akibat cedera parah. Foto ihsan PDRM

Polis mengesan saksi kemalangan maut melibatkan dua remaja yang menunggang motosikal di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd. Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya menerima laporan pada pukul 7.50 malam semalam.
 

Siasatan awal mendapati nahas pada pukul 7.15 malam itu berlaku apabila motosikal Yamaha ditunggang mangsa berusia 16 tahun dan adik perempuannya 13 tahun dari rumah di Damansara Damai menghala ke Desa Jaya.



“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam @ Siva A/L Muniandy di talian 0173290749 bagi membantu siasatan.

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar tidak membenarkan anak-anak dibawah jagaan membawa kenderaan tanpa lesen memandu yang sah.



Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang membawa hukuman maksimum RM1,000 manakala ibu bapa dan penjaga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 26(1)b APJ 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading