Miliki lebih RM3,000 sewaktu SJR: 10 polis trafik ditukar

Oleh – Syeikh Baran


Miliki lebih RM3,000 sewaktu SJR: 10 polis trafik ditukar
Hussein berucap pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024, di Plaza Tol Puchong Selatan, Subang Jaya, hari ini.

10 anggota polis trafik sebuah daerah di Selangor yang disyaki terbabit kes penemuan wang tunai sebanyak RM3,753 sewaktu melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) ditukar penugasan ke bahagian pentadbiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tersebut diambil sehingga siasatan punca kewangan tersebut selesai.



Jelasnya, anggota yang terlibat terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota lain pangkat sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel.

“Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan anggota yang terbabit dengan penguatkuasaan ini mengikut SOP.

“Berhubung penemuan semalam, kes ini masih dalam siasatan, kita perlu siasat sama ada wang yang ditemui adalah wang sendiri atau ada elemen-elemen lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024, di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini, hari ini.



Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), Sazally Saidi.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat selepas disyaki melakukan rasuah dan perlanggaran prosedur trafik, sewaktu Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Alkohol, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, satu pemeriksaan dilakukan terhadap pasukan trafik yang sedang menjalankan tugas itu sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

Jelas beliau, pemeriksaan pasukan Jabatan Integriti dan Pemeriksaan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati salah seorang anggota berpangkat Sarjan memiliki wang tunai sekitar RM3,313 selain ditemui wang tunai RM440 di dalam sebuah kereta.



Tambah Hussein, satu Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka ekoran pemeriksaan dan laporan polis dibuat untuk mengenal pasti sebarang perbuatan rasuah atau perlanggaran prosedur trafik.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading