Polis masih memburu baki 43 tahanan yang lolos

 

Oleh Pena Merah

Polis masih memburu baki 43 tahanan yang lolos
Anggota polis hari ini menahan PATI yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor pada malam Khamis lalu.

Polis masih memburu baki 43 tahanan yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor selepas berjaya menahan semula 86 daripada mereka yang melarikan diri pada malam Khamis lalu.

Mereka adalah kumpulan 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri daripada depot berkenaan dengan dua daripada mereka meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika melarikan diri itu.



Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis bersama Jabatan Imigresen berjaya menahan 26 tahanan Rohingya hari ini.

Katanya, sejak operasi mengesan dan menangkap semula tahanan dijalankan, seramai 64 berjaya ditangkap polis, manakala 22 tahanan lagi diberkas oleh Jabatan Imigresen.

“Operasi dijalankan memberikan hasil positif dengan 86 tahanan sudah berjaya ditangkap setakat ini dan dua tahanan pula meninggal dunia akibat terbabit kemalangan jalan raya.

“Kini tinggal 43 tahanan lagi masih bebas dan operasi akan diteruskan sehingga semua tahanan terbabit ditangkap semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos daripada blok lelaki depoh berkenaan, termasuk seorang yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Mohd Yusri berkata, tangkapan tahanan hari ini dibuat di kawasan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan.

Katanya, tangkapan tahanan juga dilakukan di rumah kongsi FELCRA Sungai Gempel, Kampung Orang Asli Kenoh, Pos Woh Jalan Pahang dan Kampung Batu Melintang di sekitar Bidor dan Tapah.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai bekerjasama membantu mengesan tahanan Rohingya dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyukarkan lagi situasi semasa.



-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading