Polis terima 124 laporan, kerugian lebih RM90 juta

Oleh – Syeikh Baran


Polis terima 124 laporan, kerugian lebih RM90 juta
Foto Hiasan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 124 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dikenali sebagai ‘Accerx’ sejak November lalu membabitkan kerugian berjumlah lebih RM90 juta.

Katanya, mangsa yang membuat laporan di Sentul di sini, mendakwa kerugian RM11,130,123 selepas menyertai skim pelaburan itu.



“Melalui laporan polisnya, lelaki berusia 60 tahun itu mendakwa pada September 2023, dia terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto yang diiklankan di Facebook.

“Angka kerugian yang dialami mangsa adalah yang tertinggi dicatatkan setakat ini bagi satu kes. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata, jumlah kerugian keseluruhan untuk semua 124 kes yang dilaporkan setakat ini berjumlah RM90,364,463.08.

“Hasil siasatan setakat ini berjaya mengenal pasti 73 syarikat dan perniagaan, 83 akaun bank milik syarikat dan perniagaan serta satu akaun bank individu persendirian yang digunakan dalam kegiatan penipuan sindiket ini.



“Selain itu, seorang individu berusia 24 tahun yang berperanan sebagai pemilik akaun keldai berjaya dituduh di mahkamah bersabit satu kes di Keningau, Sabah pada 3 Januari lalu.

“Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 22a(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah),” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihaknya mengingatkan mana-mana individu yang mungkin masih berurusan dengan skim pelaburan ini supaya menghentikan perkara itu dan membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang ingin terbabit dalam urus niaga mata wang kripto dinasihatkan membuat semakan kesahihan ‘exchanger’ yang menawarkan perkhidmatan berkenaan melalui laman web www.coinmarketcap.com.



“Sebarang maklumat mengenai kesahihan pelaburan mata wang kripto juga perlu dirujuk kepada agensi yang berkenaan termasuklah Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Perkara ini penting bagi memastikan wang pelaburan anda dilindungi dan sekali gus mengelak daripada terjerumus menjadi mangsa ‘scammer’,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button