56 ditahan semula, 73 lagi masih diburu

Oleh – Syeikh Baran


56 ditahan semula, 73 lagi masih diburu
Anggota polis bersama anggota Jabatan Sukarelawan meneruskan operasi mencari tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, di dalam kawasan hutan Kampung Sungai Kenoh, Tapah. Foto BERNAMA

Dua lagi tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu ditahan di ladang kelapa sawit di Sungkai, tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tahanan lelaki Rohingya terbabit ditahan oleh pasukan operasi khas polis, hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 12 tengah hari.



Sehingga jam 8 malam ini, katanya, jumlah tahanan lolos yang berjaya ditahan ialah 56 orang manakala dua tahanan maut dalam kemalangan jalan raya dan 73 orang tahanan lagi masih diburu.

“Tangkapan dibuat sekitar kawasan pentadbiran Tapah membabitkan kawasan Sungkai, Bidor dan Tapah.

“Kami percaya tahanan yang lolos masih berada di kawasan kampung dan hutan di sekitar kawasan pentadbiran Tapah,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Mohd Yusri berkata, pihak polis meminta kerjasama orang ramai mengesan tahanan Rohingya dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyukarkan situasi semasa.



Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan bolos dari blok lelaki depoh berkenaan, termasuk seorang yang kemudian maut akibat kemalangan jalan raya.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading