Langgar lari anggota polis, pasangan tunang ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Langgar lari anggota polis, pasangan tunang ditahan
FOTO HIASAN

Polis hari ini menahan sepasang tunang bagi membantu siasatan kes langgar lari membabitkan seorang anggota polis yang parah selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di sini, malam tadi

Katanya, polis turut merampas kereta Proton Iriz berwarna biru yang dipercayai digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian.



“Bertindak atas maklumat itu, pada hari ini dalam tempoh kurang dari 24 jam pihak polis daerah Ipoh menahan kedua-dua suspek berkenaan,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah, selain mempunyai 17 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan narkotik sementara suspek perempuan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, esok untuk permohonan reman.

Tengah malam tadi, akhbar ini melaporkan kejadian langgar lari yang berlaku jam 7.30 malam itu mengakibatkan mangsa yang juga anggota polis lelaki berusia 34 tahun parah termasuk mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.



Mangsa ketika kejadian sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal bersama seorang lagi anggota polis lain sebelum dilanggar suspek.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, semalam dilaporkan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah dengan niat membunuh.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading