Tangguh hukuman mati penulis warga Australia

Oleh – Syeikh Baran


Tangguh hukuman mati penulis warga Australia
Gambar fail polis berkawal di luar Mahkamah Beijing, China. Mahkamah berkenaan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas penulis warga Australia, Yang Hengjun atas kesalahan mengintip, selepas lima tahun ditahan di China dan tiga tahun selepas menjalani perbicaraan tertutup. – Foto AFP

China hari ini menggantung hukuman mati ke atas penulis China-Australia, Yang Hengjun atas kesalahan pengintipan, selepas Canberra mengecam hukuman itu.

Mahkamah Beijing hari ini “mendapati Yang Hengjun bersalah keranan pengintipan dan menjatuhkan hukuman mati dengan pelaksanaannya digantung dua tahun dan merampas semua harta peribadinya”, kata jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin.



Mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman mati terhadap Hengjun atas kesalahan mengintip, selepas lima tahun ditahan di China dan tiga tahun selepas menjalani perbicaraan tertutup.

Hengjun, seorang penulis blog pro demokrasi ialah warga Australia yang dilahirkan di China tetapi bekerja di New York, Amerika Syarikat (AS).

Dia ditahan di Lapangan Terbang Guagzhou pada 2019 kerana dituduh mengintip China.

 

Menurut seorang sarjana yang berpangkalan di Sydney, Feng Chongyi, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman mati yang akan ditukar kepada penjara seumur hidup selepas dua tahun.



Beliau berkata keputusan itu disampaikan kepadanya oleh keluarga Hengjun di mahkamah.

Katanya, ia adalah kes ketidakadilan yang serius, sambil menambah Hengjun pernah mengemukakan penafian bagi tuduhan itu.- AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading