Kerajaan Thailand akan haram ganja untuk rekreasi

Oleh – Syeikh Baran


Kerajaan Thailand akan haram ganja untuk rekreasi
Daun Ganja
Kerajaan Thailand akan segera membentangkan rang undang-undang bagi mengharamkan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, kata Menteri Kesihatan pada Selasa (6 Feb) selepas negara itu memutuskan penggunaanya tidak lagi jadi kesalahan jenayah pada 2022.

Ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang pada Jun 2022 di bawah kerajaan terdahulu, termasuk parti Bhumjaithai yang properundangan.

Ia menyebabkan muncul ratusan tempat yang menyediakan ganja di merata Thailand terutama sekali di ibu kota Bangkok dan mencetuskan kebimbangan penentangnya.

Menteri Kesihatan, Cholnan Srikaew, berkata Rang yang melarang penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi akan dicadangkan kepada mesyuarat Kabinet minggu depan.

“Rang itu akan dipinda daripada yang sedia ada untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan sahaja.

“Penggunaan untuk keseronokan dianggap salah,” katanya kepada pemberita.

Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang memegang jawatan Ogos lalu, sering menyuarakan bantahannya terhadap penggunaan dadah itu untuk tujuan rekreasi dan berkata ia hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan.

Terdapat tekanan baharu daripada orang ramai pada hujung minggu lalu selepaspenonton konsert kumpulan rock British Coldplay di Bangkok mengadu di media sosial bahawa “keseluruhan konsert itu berbau ganja.”
Sumber : AFP/SU/ss
 
Sumber – BERITA MEDIACORP SG


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading