Pemegang saham FamilyMart tamatkan kerjasama Israel

Oleh – Syeikh Baran


Pemegang saham FamilyMart tamatkan kerjasama Israel
Gambar hiasan.

Pemegang saham terbesar FamilyMart Co. Ltd., Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.

Menerusi kenyataan dikongsi FamilyMart Malaysia, pihaknya dimaklumkan perkara itu seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.



“Pada Mac tahun lalu, dilaporkan Itochu Aviation iaitu anak syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara berkenaan.

“Sehubungan itu, keputusan (menamatkan MoU) dibuat bagi menyokong sokongan Kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik malam tadi.

Dalam pada itu, FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian bahawa mereka tidak menyokong keganasan atau pembunuhan.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.



“FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading