Bapa lari selepas hamilkan anak usia 16 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Bapa lari selepas hamilkan anak usia 16 tahun
SUSPEK diiringi anggota polis selepas diperintahkan untuk direman selama tujuh hari selepas disyaki menodai anak kandungnya sendiri. – foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

Seorang buruh diberkas polis selepas disyaki menodai anak kandungnya berusia 16 tahun sehingga mangsa hamil dan melahirkan bayi di Hospital Melaka, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira pukul 12 tengah hari di Alor Gajah dekat sini, semalam.



Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, perbuatan keji lelaki itu terbongkar selepas satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai perubatan yang merawat mangsa pada 11 Oktober 2023.

Katanya, pengadu memaklumkan dia telah memeriksa seorang pesakit perempuan bawah umur yang hamil 19 minggu dipercayai akibat dinodai bapa kandungnya sendiri.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa awalnya memberitahu dia mengalami sakit perut dan ibunya segera membawa anak kedua daripada tiga beradik itu ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal.

“Pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati remaja mengandung dan dirujuk ke Hospital Melaka sebelum mengakui dia telah dirogol oleh bapa kandung sejak usianya 14 tahun,” katanya kepada pemberita, hari ini.



Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh sehingga 13 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading