Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]

“Tangan Tu Terpantas Dalam Dunia”

Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]

Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]

Baru-baru ini, gelagat cahaya mata sulung aktor terkenal atau ‘Hero Malaya’, Remy Ishak iaitu Tuah Alam mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh isteri kepada Remy iaitu Ezza Yusof, memaparkan gelagat bayi sulung mereka yang lincah mahu ‘merampas’ cawan kopi Remy selepas membawa Tuah untuk pemeriksaan doktor di hospital.

Di ruangan kapsyen, Ezza sempat berseloroh dengan gelagat Tuah yang turut mahu minum kopi seperti bapanya itu.



“Dia feeeeling nak coffee coffee macam Ayah lepas check up 😆 Tuah Alam Anak Ayah.”-kapsyen Ezza di TikTok

@roseezza

Dia feeeeling nak coffee coffee macam Ayah lepas check up 😆 Tuah Alam Anak Ayah. #tuahalam #remyishak #remyezza

♬ 1000tahunlamanya – LyricsSong

“Tangan Tu, Terpantas Dalam Dunia…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Tuah yang semakin lincah, malah ramai yang teruja dengan wajah comel pelakon filem Pulang.

“Tangan tu. Terpantas dalam dunia 😂😂😂.”

“Tuah dah besar.”

“Comelnya Tuah muka mommy sangat 😍.”

“Makin handsome, dah besar.”

“Salam hensemnya dah besar Tuah, tengok dah pandai nak capai cawan.”

“Cerdik dah dia, Moga membesar dengan sihat ya Tuah.”

“Muka mak ni.”

“Semoga jadi anak yang soleh. Comel sangat Tuah.”

“Macam anak patung.”

“Budak comel ni, sejuk mata tengok dia.”

Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]

Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]

 

Sekadar info, Remy Ishak dan Ezza Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang dilahirkan pada Julai 2023.

Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker