Kakak ipar sahkan Marissa Dania, Aslam sudah bernikah

Oleh – Syeikh Baran


Kakak ipar sahkan Marissa Dania, Aslam sudah bernikah
Berita pernikahan Marissa Dania dan Aslam heboh diperkatakan sejak petang tadi

Kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.

Memetik laporan portal OhBulan! wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.



“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawapnya ringkas.

Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang tadi.

Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.



Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Sementara itu, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial.

Bagaimanapun, hasil tinjauan BH Online mendapati Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman sudah menyahikut akaun anaknya.



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading