Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali
Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali
Pernah seorang influencer yang juga sememangnya dikenali sebagai seorang penyokong tegar Dr Mahathir mengangkat beliau sebagai wali.
Akibatnya, influencer berkenaan dikecam hebat oleh majoriti netizen Malaysia.
Penulis bersetuju, memang agak keterlaluan sekiranya ada pihak yang mengangkat Dr Mahathir sebagai wali.
Tetapi dari sudut yang lain, kita tidak dapat nafikan, keistimewaan yang dimiliki oleh Dr Mahathir, kalau pun tidak setaraf wali, tetapi hampir menyamai makam seorang wali.
Indikator umum bagi seseorang itu dianggap sebagai wali adalah keistimewaan atau kemampuan beliau melakukan sesuatu di luar kemampuan manusia biasa.’
Dan ianya dipanggil koramah atau orang Melayu biasanya menyebut sebagai keramat.
Bagi seorang wali, koramah yang dimiliki adalah anugerah istimewa dari Allah SWT hasil dari ketaqwaan mereka kepada Allah SWT.
Antara koramah yang biasa kita dengan ada pada seorang wali adalah seperti boleh berjalan di atas air atau berada di sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata dan sebagainya.
Mungkin kita tidak akan dapat melihat Dr Mahathir berjalan atas air dan sebagainya.
Tetapi beliau tetap ada keupayaan yang orang lain tidak ada.
Tidak ada sesiapa pun yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak 2 kali selama 22 tahun dan 22 bulan, kecuali Dr Mahathir.
Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir satu-satunya yang mampu menumbangkan 5 perdana menteri, sama ada ketika atau tidak berkuasa.
Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tun Abdullah, DS Najib dan Muhyiddin yang beliau tumbangkan.
Paling win, Dr Mahathir adalah satu-satunya perdana menteri di dunia yang boleh menjadikan kesemua anak beliau bilionaire.
Banyak lagi sebenarnya keupayaan Dr Mahathir kalau hendak ditulis.
Tapi cuma cukup sekadar itu.
Jadi, Dr Mahathir sudah pastinya bukan wali Allah, tetapi beliau boleh disahkan sebagai wali k..i.
Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali
Di Syorkan Untuk Anda:
- UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku
- Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam
- Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib