Misya Mazlan ‘No Comment’ Dakwaan Aslam Nikah Marissa Di Siam
Misya Mazlan ‘No Comment’ Dakwaan Aslam Nikah Marissa Di Siam
September lalu, kecoh diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa Marissa Dania menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sehingga bercerai berai.
Namun, Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam dikatakan rujuk semula ketika dalam edah. Ketika itu, Marissa sendiri mengaku kesalahannya dan telah meminta maaf.
Terbaru, Marissa sekali lagi buat hal apabila didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Thailand pada Disember tahun lalu.
Ketika dihubungi Harian Metro, isteri pertama Aslam iaitu Umisya enggan memberikan sebarang komen dan meminta perkara itu ditanyakan sendiri kepada Aslam atau Marissa.
No comment. Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya.
Sumber Harian Metro berkata, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah.