Norman Hakim Dan Abby Abadi Didakwa Tak Setuju Marissa Dania Dan Aslam Bernikah

Minta Berpisah?

Kecoh semalam tentang satu dakwaan mengatakan Marissa Dania Hakim, 19 telah pun selamat berkahwin bersama Aslam di Songkhla, Thailand pada 17 Disember tahun lalu.

Menurut laporan mStar, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua belah keluarga telah mengetahui mengenai berita pernikahan mereka.

Ibu bapa Marissa iaitu Norman dan Abby juga didakwa sudah berjumpa keluarga Aslam dan mereka tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah. Biar betul?

Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah.

Bagaimanapun Aslam dan Marissa tidak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta.

Bukan tu jer, Marissa Dania dan Aslam juga dikatakan masih belum daftar perkahwinan mereka di Malaysia secara sah.

Sehingga kini, lelaki itu masih bergelar suami kepada Misha yang merupakan isteri pertama tapi dengan munculnya Marissa dalam kehidupannya, hubungan suami isteri mereka kembali retak.

Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, setakat ini kita masih menantikan pengesahan rasmi dari pihak Marissa dan Aslam serta keluarga.

Kredit: mStar

Norman Hakim Dan Abby Abadi Didakwa Tak Setuju Marissa Dania Dan Aslam Bernikah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker