Skandal SPANCO: Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM

Skandal SPANCO Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM

Skandal SPANCO: Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM

Ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM, Anwar berkata kontrak perolehan SPANCO merugikan negara.

“Saya tidak tahu di mana salahnya, tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul”.

“Saya tahu ia merugikan negara, dan saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam, tetapi kita lesu”.



“Tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak,” jelas beliau.

Mungkin ada yang masih tidak tahu hujung pangkal mengenai skandal SPANCO yang sekarang sedang disiasat SPRM.

SPANCO atau nama penuh syarikat tersebut, SPANCO Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat penyedia penyelesaian pengurusan kenderaan konsesi bebas terbesar di negara ini.

Syarikat yang telah ditubuhkan pada 1988, telah mendapat kontrak pengurusan kenderaan kerajaan pada tahun 1993.



Ketika itu SPANCO telah mendapat kontrak pengurusan kenderaan kerajaan selama 25 tahun.

Selepas kontrak SPANCO tamat pada tahun 2019, kerajaan telah membuat tender terbuka untuk kontrak yang baharu untuk tempoh 15 tahun.

Bagaimana Skandal SPANCO Terbongkar

Berjaya Group dan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd membentuk konsortium untuk bersama-sama membida kontrak tersebut.

Konsortium itu telah menerima LoI untuk menggantikan SPANCO.



Tetapi kontrak itu ditamatkan secara tidak adil sebelum anugerah akruan ditetapkan untuk diumumkan.

Ekoran itu, pengasas Berjaya, Vincent Tan memfailkan saman terhadap MoF dan SPANCO berhubung Surat Niat (LoI) yang ditamatkan.

Beliau mendakwa kontrak itu sudah diberikan kepada SPANCO, walaupun mereka membuat tawaran lebih tinggi.

Beliau juga mendakwa kontrak itu ditamatkan secara tidak adil sebelum anugerah akruan ditetapkan untuk diumumkan.



Kronologi Ringkas Skandal SPANCO

1993

SPANCO dianugerahkan kontrak untuk menguruskan kenderaan konsesi kerajaan.

2018

Perjanjian SPANCO dengan kerajaan tamat pada Disember.

2019

Kerajaan membuka tender kepada syarikat untuk konsesi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan untuk 15 tahun.

2020

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsortium untuk bersama-sama membida kontrak yang menguntungkan itu.



Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan mereka sudah memilih syarikat konsesi baharu untuk menguruskan kenderaannya, tetapi ia tidak dinamakan.

Julai 2023:

Pengasas Kumpulan Berjaya, Vincent Tan, memfailkan saman terhadap kerajaan dan SPANCO berhubung Surat Niat (LoI) yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu sudah diberikan kepada SPANCO, walaupun tawaran itu lebih tinggi.

Beliau berkata, konsortium itu menerima LoI daripada kementerian untuk menggantikan SPANCO, tetapi kontrak itu ditamatkan secara tidak adil sebelum anugerah akruan ditetapkan untuk diumumkan.

Januari 2024

SPRM melakukan serbuan kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.



5 Februari 2024

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan.

5 Februari 2024

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata perjanjian kerajaan dengan SPANCO merugikan negara.

Anwar juga berkata, beliau sentiasa berwaspada mengenai isu itu semasa menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

6 Februari 2024

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menyatakan individu yang terbabit dalam keputusan pemberian kontrak pembekalan dan pengurusan kenderaan kerajaan kepada SPANCO akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM

Azam Baki memaklumkan, siapa sahaja yang terbabit dalam membuat keputusan berkenaan penganugerahan kontrak SPANCO akan dipanggil.

Ini termasuk perdana menteri dan menteri kewangan yang berkuasa sejak SPANCO mula memperolehi kontrak pada 1993.

Berikut senarai perdana menteri dan menteri kewangan sejak dari 1993.

Perdana Menteri
  • Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  • DS Najib Razak (2009-2018)
  • Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
  • Muhyiddin Yasin (2020-2021)
  • Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Menteri Kewangan
  • Daim Zainuddin (1984-1991)
  • Anwar Ibrahim (1991-1998)
  • Dr Mahathir Mohamad (1998-1999)
  • Daim Zainuddin (1999-2000)
  • Dr Mahathir Mohamad (2001-2003)
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  • DS Mohd Najib Razak (2009-2018)
  • Lim Guan Eng (2018-2020)
  • Tengku Zafrul Aziz (2020-2022)

Kita berharap tidak ada pihak yang cuba mengganggu siasatan SPRM dan pihak SPRM mesti bertindak tegas dalam siasatan dan tindakan.

Rakyat mahu tahu, siapakah bapak kepada segala bapak kleptokrat yang sebenar di Malaysia!!!

Skandal SPANCO: Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button