AS gagal ‘pujuk’ Saudi berbaik dengan Israel

Oleh – Syeikh Baran


AS gagal 'pujuk' Saudi berbaik dengan Israel
AS meneruskan wayang mereka di Asia Barat melalui kunjungan Setiausaha Negara, Antony Blinken ke rantau itu bagi menggesa pelaksanaan gencatan senjata di Gaza. Foto Agensi

TEKA-teki tentang rancangan Arab Saudi berkemungkinan menjalinkan hubungan dengan Israel akhirnya terjawab selepas spekulasi tentang perkara itu muncul sejak sebelum Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Riyadh memberitahu Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Tel Aviv bahawa ia tidak akan terlibat dalam proses sedemikian selagi kemerdekaan negara Palestin ‘tidak diiktiraf’.



“Kami menzahirkan pendirian tegas ini kepada Washington bahawa tiada hubungan diplomatik akan dijalinkan bersama Israel jika Palestin tidak memperoleh kemerdekaan berdasarkan garisan sempadan 1967 dan Baitulmaqdis diisytiharkan sebagai ibu kota mereka.

“Pencerobohan ganas rejim Zionis ke atas Genting Gaza perlu dihentikan segera dan pasukan tentera mereka perlu berundur dari wilayah berkenaan,” lapor Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan Kementerian Luar pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap dakwaan jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby kononnya rundingan menormalkan hubungan Saudi-Israel sedang dijalankan dan Washington menerima tindak balas positif daripada kedua-dua belah pihak.

AS meneruskan wayang mereka di Asia Barat melalui kunjungan Setiausaha Negara, Antony Blinken ke rantau itu bagi menggesa pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.

Pada Selasa, Blinken memberitahu wartawan di Doha bahawa Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) mengulangi kesediaan Riyadh untuk menormalkan hubungan dengan sekutu mereka ketika pertemuan di Riyadh.



“Tetapi, beliau meletakkan syarat termasuk menghentikan konflik di Gaza dan laluan jelas untuk penubuhan negara Palestin,” ujarnya.

Pentadbiran Presiden Joe Biden juga beberapa kali mendesak Saudi supaya mengiktiraf Israel. – AFP

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading