Neymar hampir dipinjamkan ke Chelsea

PARIS: Neymar dilaporkan sedia dipinjamkan ke Chelsea pada musim panas lalu tetapi hanya Newcastle yang memenuhi syarat diletakkan Paris Saint-Germain.

Bintang Brazil itu dikatakan dalam proses perpindahan keluar dari kelab Ligue 1 itu selepas Kylian Mbappe dipercayai meminta rakan sepasukannya itu dijual.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Newcastle antara yang berminat menandatangani Neymar tetapi perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.



PSG tidak menerima sebarang tawaran rasmi untuk penyerang Brazil itu.

Satu-satunya tawaran yang menarik minat Neymar ialah dipinjamkan ke Chelse tetapi rundingan itu tidak berhasil.

Pemilik baharu The Blues, Todd Boehly berbelanja lebih 250 juta pound (RM1.32 bilion) pada musim panas lalu bagi memperkuatkan skuad.

Chelsea membawa masuk Marc Cucurella, Wesley Fofana dan Pierre-Emerick Aubameyang ke Stamford Bridge sehingga tiada lagi ruang untuk Neymar.



Musim ini Neymar sudah meledak 12 gol dan membantu sembilan dalam 16 penampilannya di semua pertandingan.

Dia berharap dapat meneruskan ketajaman di Piala Dunia Qatar dalam usaha Brazil memburu kejuaraan keenam. AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading