Mayat dalam kereta di R&R

Oleh – Syeikh Baran


Mayat dalam kereta di R&R
FOTO HIASAN

Mayat seorang wanita ditemui dalam kereta berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang Barat, Lebuh Raya Latar, Rawang, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, mayat wanita tempatan berusia 33 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“Ketika ditemui, si mati masih lengkap berpakaian di dalam keadaan bersandar pada kerusi pemandu dan barang peribadi miliknya masih berada di dalam kenderaan.



“Terdapat satu bekas diperbuat daripada tanah liat yang berisi arang ditemui di bahagian ruang kaki penumpang hadapan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian arang tersebut telah terbakar, namun tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Kaderi, wanita terbabit telah meninggal dunia melebihi 24 jam dan proses pengecaman mayat telah dilakukan oleh adik dan rakannya di lokasi kejadian.

“Si mati dipercayai telah membunuh diri dengan menghidu arang yang telah dibakar di ruang kaki penumpang hadapan.



“Mayat telah dihantar kebahagian forensik Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat,” jelasnya.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Sarjan aktiviti Balai Polis Kundang, Sarjan Zulkifli Nordin di talian 011-69728629 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker