Kemenangan Chelsea legakan Pochettino

Oleh – Syeikh Baran


Kemenangan Chelsea legakan Pochettino
Kemenangan Chelsea legakan Pochettino

Chelsea membuktikan mereka masih beraksi sebagai satu pasukan selepas menampilkan aksi cukup baik ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada pusingan keempat Piala FA di Villa Park awal pagi semalam.

Kemenangan itu sedikit sebanyak meredakan tekanan dihadapi pengurus, Mauricio Pochettino yang didesak supaya meninggalkan pasukan selepas dimalukan Wolverhampton Wanderers 2-4 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.



Pada perlawanan awal pagi semalam, The Blues turun dengan formasi berbeza dan berjaya meledak tiga gol menerusi Conor Gallagher, Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Moussa Diaby.

“Kami masih bermain sebagai satu pasukan. Saya dapat lihat pemain-pemain beraksi dengan cukup gembira dan itu satu perkara yang sangat penting. Kami membantu satu sama lain dalam perlawanan ini.

“Apa yang pasti, kami berjuang demi penyokong dan lencana di dada. Inilah aksi berpasukan yang kami perlukan, sekarang fokus utama adalah bagaimana untuk kekal bermain seperti ini,” kata Pochettino.

Dalam pada itu, beliau berharap penyokong-penyokong terus memberikan sokongan kepada pasukan memandangkan ia sangat penting buat semua pemain bagi menggalas misi melayakkan diri ke kancah Eropah musim depan.



“Bagi saya, sangat penting untuk cipta satu hubungan yang baik antara pemain dan penyokong. Pemain-pemain adalah manusia biasa yang memerlukan sokongan, jadi saya gembira dengan apa ditunjukkan penyokong hari ini (semalam),” ujarnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading