Maut akibat selesema burung di Kemboja

Oleh – Syeikh Baran


Maut akibat selesema burung di Kemboja
(Gambar fail) Foto hiasan – FOTO REUTERS

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat selesema burung di Kemboja, semalam, menurut Kementerian Kesihatan, hari ini.

Kementerian berkenaan sekali gus memberi amaran mengenai ancaman berterusan virus itu yang mengorbankan tiga mangsa pada tahun lalu.



Dalam kejadian di wilayah Kratie, mangsa berumur sembilan tahun itu dilaporkan jatuh sakit selepas menikmati hidangan unggas bersama keluarganya, termasuk mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas sebelum meninggal dunia.

Menurut kementerian, hasil ujian mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strain virus H5N1 yang sangat patogenik.

“Berdasarkan keterangan, terdahulu lima ayam dan tiga itik didapati mati di kawasan rumah pesakit. Mereka kemudian memasak ayam dan itik berkenaan sebagai hidangan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

 

“Kementerian Kesihatan ingin sekali lagi mengingatkan semua supaya berwaspada terhadap selesema burung kerana H5N1 terus mengancam kesihatan rakyat kita,” katanya.



Tahun lalu, sekurang-kurang tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, meninggal dunia akibat selesema burung di Kemboja.

Sejak akhir 2021, Eropah dilanda penularan terburuk wabak selesema burung, malah Amerika Utara dan Amerika Selatan turut terkesan dengan teruk.

Ia menyebabkan puluhan juta unggas domestik di seluruh dunia terpaksa dihapuskan, yang mana kebanyakannya telah dijangkiti strain H5N1. Ia termasuk kira-kira 140,000 unggas di Republik Czech pada awal bulan ini.

Wabak global itu juga menjadi punca kematian puluhan ribu burung liar. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading