Tiada kaitan dengan sistem PADU – Polis

Oleh – Syeikh Baran


Tiada kaitan dengan sistem PADU - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

Polis hari ini menjelaskan bahawa kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun adalah disebabkan oleh perbuatan ‘scammer’ atau sindiket penipuan dan tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan ‘phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

“Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam… takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.

“Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.



Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan tular menerusi media sosial kononnya beberapa individu di Dungun kehilangan wang simpanan di Bank Islam yang bersangkut paut dengan PADU. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker