Pelakon suara watak Son Goku, Squidward meninggal dunia

Oleh – Syeikh Baran


Pelakon suara watak Son Goku, Squidward meninggal dunia
Antara watak yang pernah menggunakan suara Jamalludin.

Pelakon suara Malaysia yang meminjamkan suaranya untuk watak animasi terkenal di negara, Jamalludin Zakaria dilaporkan sudah meninggal dunia.

Jamalludin, 63, difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu akibat barah paru-paru.

Allahyarham cukup terkenal dengan watak Son Goku dalam Dragon Ball Z, Sing dalam Shaolin Soccer, Squidward Tentacles dalam SpongeBob SquarePants dan Jiraiya dalam Naruto.



Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna melahirkan perasaan sedih atas pemergian Allahyarham yang dikatakan meninggalkan kenangan manis ketika zaman kanak-kanak mereka.

“Sedihnya, tak sangka suara yang selalu saya dengar masa tengok SpongeBob SquarePants dah meninggal dunia. Takziah untuk keluarga,” kata Ayu.

“Teringat zaman kanak-kanak, sampai sekarang kalau ada masa memang tonton Naruto. Takziah,” kata Aziez.

“Salam takziah kepada keluarga beliau. Kerja alih suara arwah untuk animasi dalam bahasa Melayu akan dirindui,” kata Radhi.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker