Tawaran ganjaran tak ganggu siasatan

Oleh – Syeikh Baran


Tawaran ganjaran tak ganggu siasatan
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, (foto kecil) dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ganjaran itu adalah usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

Mengulas jika terdapat individu tertentu mengambil kesempatan atas ganjaran ditawarkan, Razarudin berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau aliran trafik dari udara susulan cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok.



Pada Selasa lalu, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan dilaporkan, berkata ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terbabit dalam kes itu dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker