UMNO tolak keras cadangan Kor Ming – Asyraf Wajdi

Oleh – Syeikh Baran


UMNO tolak keras cadangan Kor Ming - Asyraf Wajdi
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – Foto fail NSTP

UMNO hari ini menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata cadangan itu dilihat terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung, meskipun bertujuan untuk memperkasakan sektor pelancongan negara.

“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan terbabit akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.



“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kor Ming baru-baru ini mencalonkan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Pada Jun tahun lalu, Kor Ming juga mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Asyraf Wajdi berkata, isu Tapak Warisan UNESCO itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.



“Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu.

“Cadangan seumpama ini hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri,” katanya.

Tegasnya, UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan.

“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang mengganggu gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang dipaterikan dalam perlembagaan,” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading