Anak pukul ibu kerana pengaruh dadah

Oleh – Syeikh Baran

Anak pukul ibu kerana pengaruh dadah
GAMBAR HIASAN

Seorang wanita cedera di tangan dan belakang badan selepas disyaki dipukul anak lelakinya yang mengamuk dalam kejadian di FELDA Neram 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa berusia 64 tahun cedera selepas dipukul suspek berusia 48 tahun dengan menggunakan kayu.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang kakitangan unit ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah ketika memberikan rawatan kepada mangsa, kira-kira jam 9.50 pagi tadi.



“Mangsa yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Cheneh sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Bertindak atas laporan itu, polis kemudian memburu suspek dan akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 2.30 petang tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah.

“Suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lalu iaitu dua mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan dua rekod mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker