Cemas kereta, motosikal bawah rumah terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Cemas kereta, motosikal bawah rumah terbakar
Keadaan kereta dan motosikal yang hangus dalam kebakaran di parkir Apartment Desa Intan, Ayer Itam, hari ini.

Penduduk di Apartment Desa Intan, Ayer Itam di sini berdepan detik cemas apabila dua kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir musnah dalam satu kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.02 tengah hari itu, tiada mangsa mahupun pemilik kenderaan itu dilaporkan terlibat.
 

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Paya Terubong, Muhammad Nadzri Ismail berkata, apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Myvi, Kancil dan sebuah motosikal.



“Anggaran kemusnahan kenderaan terlibat adalah kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan dua unit pemampat (compresor) penghawa dingin yang terkena bahang api,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 12.18 tengah hari tadi dan api dipadam sepenuhnya pada pukul 1.12 tengah hari.

Operasi pemadaman juga turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading