Tidak mengaku salah walau pandu bertentangan arah

Oleh – Syeikh Baran


Tidak mengaku salah walau pandu bertentangan arah
Tangkap layar video tular di aplikasi X, hari ini.

Tindakan tidak berhemah seorang lelaki yang memandu dalam arah yang bertentangan menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial, hari ini.

Menurut video yang tular di aplikasi X, lelaki tersebut bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut memaki hamun orang lain yang menegurnya.



Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar KL Eco City, Kuala Lumpur.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menunjukkan kemarahan masing-masing terhadap tindakan pemandu tersebut yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang meminta agar pemandu tersebut dikenakan tindakan undang-undang.

“Patut tarik sahaja lesen orang sebegini. Boleh terlanggar orang. Tidak ada rasa bersalah langsung,” kata Yohan.



“Tempat ini memang pelik dan memeningkan. Kalau masuk takut tembus ke alam lain,” kata Taufiq.

“Sudahlah salah jalan, maki-maki orang lagi,” kata Danial.

Kini hantaran tersebut telah menerima 179 tanda suka dan 20,000 tontonan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button